suria

Penampilan ke-100 bersama AC Milan, Ibrahimovic beri bayangan mahu terus kekal

Ibrahimovic mencatat penampilan ke-100 bersama AC Milan.

PENYERANG AC Milan Zlatan Ibrahimovic merekodkan penampilan ke-100 bersama kelab yang disertainya sejak Januari lalu.

Ibrahimovic berharap dia boleh beraksi lebih banyak bersama AC Milan selepas membantu menaikkan prestasi kelab sejak kehadirannya.

Bagaimana pun kontrak Ibra bakal berakhir penghujung musim ini selepas tiba dari LA Galaxy dan sehingga kini dia masih belum menerima sebarang tawaran sambungan.

Pemain berusia 38 tahun itu turut membantu dalam kemenangan 3-1 AC Milan ke atas Parma Rabu lalu.



Ibra turut membantu kemenangan AC Milan ke atas Parma Rabu lalu.

Susulan penampilan ke-100, Ibrahimovic dihadiahkan sehelai jersi sebagai rekodnya itu.

"Terima kasih di atas mesej tahniah sempena penampilan ke-100 saya di kelab ini.

"Ia satu penghargaan dapat beraksi untuk AC Milan dan berharap dapat bermain lebih banyak perlawanan," tulis Ibra di laman Twitternya.

Sebelum ini masa depan bekas penyerang antarabangsa Sweden itu kelihatan samar selepas memberi komen terhadap AC Milan dalam satu temuramah bersama La Gazzetta dello Sport.

Katanya, dia masih belum pasti untuk kekal di situ musim depan kecuali ada beberapa perubahan di kelab. - Dailymail.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Zlatan Ibrahimovic, AC Milan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain