suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Juventus intai bekas pengurus Spurs ganti Sarri

Pochettino dipecat Spurs November lalu.

BEKAS pengurus Tottenham Hotspur Mauricio Pochettino diintai Juventus sebagai calon baharu bagi menguruskan kelab itu.

Pochettino masih 'berehat selepas dipecat November tahun lalu namun dia antara jurulatih elit yang menjadi perhatian.

Pochettino bukan sahaja menjadi perhatian Juve, sebaliknya Real Madrid, PSG dan Newcastle turut dikaitkan dengan pengurus kelahiran Argentina berusia 48 tahun ini.

Sementara itu, pengurusan tertinggi Juventus dikatakan tidak berpuas hati dengan pancapaian Maurizio Sarri walaupun menghampiri perebutan gelaran Serie A.

Mereka masih memerlukan dua kemenangan daripada baki empat perlawanan untuk memastikan trofi liga menjadi milik Juve bagi kali kesembilan berturut-turut.

Pochettino dipecayai terbuka untuk menerima tugas di Itali selepas sebelum ini mendedahkan dia terus mahu bekerja di England.

"Sudah tentu kami sukakan England dan Liga Perdana Inggeris. Kami rasa selesa di sini. Malah kami juga masih tinggal di London.

"Saya tidak akan mengubah perasaan ini sekarang kerana tidak terlibat Liga Perdana pada masa ini." - mirror.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Mauricio Potchettino, Juventus, Spur

Artikel Lain