suria

Akhirnya! Nama Liverpool terpahat di trofi EPL

Akhirnya nama Liverpool diukir pada trofi kejuraan EPL. Foto twitter Sky Sports Premier League

INILAH saat yang amat ditunggu-tunggu oleh pasukan Liverpool.

Setelah hampir sebulan menamatkan kemarau gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) selama 30 tahun, nama Liverpool akhirnya terpahat pada trofi kebanggaan itu.

Pada pagi Selasa, Sky Sports menyiarkan sebuah video di Twitter, menunjukkan nama kelab The Reds diukir pada trofi.

Turut kelihatan ukiran lain bagi juara terdahulu seperti Chelsea, Manchester City dan Manchester United.

Liverpool merangkul gelaran juara EPL selepas Chelsa menewaskan Manchester City, sekali gus menamatkan penantian 30 tahun kelab itu.

Anak buah Jurgen Klopp mengesahkan kejuaraan kali ke-19 buat kelab itu dengan berbaki tujuh perlawanan lagi musim ini selepas kekalahan penghuni tangga kedua, City menyaksikan mereka ketinggalan 23 mata.

Liverpool hanya dipisahkan dua mata bagi bergelar juara selepas melakar kemenangan 4-0 ke atas Crystal Palace di Anfield.

Kali terakhir Liverpool merangkul gelaran juara pada musim 1989-1990. - Mail Online

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

trofi, EPL, Liverpool,

Artikel Lain