suria

Messi, Suarez bercuti atas kapal layar mewah di Ibiza... aksi romantis, bikini tak sedondon pula jadi tumpuan netizen

Aksi romantis dan bikini isteri Messi mencuri tumpuan netizen. Foto: Backgrid

BINTANG Barcelona, Lionel Messi dan Luis Suarez mencuri tumpuan netizen apabila bercuti bersama keluarga masing-masing di atas sebuah kapal layar mewah di Ibiza, Sepanyol.

Beberapa keping gambar yang tular memperlihatkan kedua-dua pemain bola sepak itu gembira menikmati percutian selepas La Liga berakhir minggu lalu, setelah tiga bulan ditangguhkan kerana krisis Covid-19.

Messi juga kelihatan mempamerkan aksi romantis bersama isterinya, Antonela Roccuzzo.

Namun apa yang paling mencuri tumpuan netizen adalah sosok tubuh Antonela yang langsing dan seksi.

Model dan ibu kepada tiga anak itu dengan bangga mempamerkan fizikalnya dalam persalinan bikini yang tidak sedondon.

Messi dan Antonela disertai oleh tiga anak lelaki mereka iaitu Thaigo, Mateo dan Ciro sementara Suarez ditemani isteri, Sofia Balbi dan tiga anak mereka iaitu Delfina, Benjamin dan Lautaro yang berusia 20 bulan. - Dailymail.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain