suria

Miliki 13 juta pengikut IG, model majalah Playboy beli kelab bola sepak Chile

Chavez merupakan model majalah terkenal, Playboy.

DARI muka hadapan majalah kini turun ke padang.

Begitulah kisahnya mengenai model majalah terkenal Playboy, Daniella Chavez yang baru sahaja membeli sebuah kelab bola sepak di Chile.

Memiliki 13 juta pengikut Instagram (IG), model itu membeli kelab Rancagua dan berharap ia mampu beralih ke liga profesional tidak lama lagi.

Berusia 34 tahun, Chavez menganggap keputusan itu sebagai satu cabaran buat dirinya.

"Tidak lama lagi mereka akan ke liga profesional. Satu lagi cabaran, namun ia bagus kerana saya sayang tempat asal saya.

"Kita akan berikan yang terbaik," ujar wanita itu lagi.

Biarpun sudah membuat pengumuman mengenai hal itu, kontrak perjanjian bagaimanapun belum lagi ditandatangani antara Chavez dan kelab berkenaan.

Namun, kedua-dua pihak mengakui sudah hampir mencapai kata sepakat. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain