suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Teruja nampak kelibat Ronaldo dan keluarga, peminat kerumun kapal layar sambil menyanyi

Peminat mula mengerumuni kapal layar Ronaldo sebaik sahaja menyedari kelibat bintang Juventus itu. Foto: Thesun.co.uk

SIAPA yang tidak teruja apabila terserempak dengan idola di depan mata?

Apatah lagi individu tersebut merupakan seorang bintang bola sepak antarabangsa yang menjadi kegilaan ramai.

Itulah yang berlaku baru-baru ini apabila sekumpulan peminat teruja sebaik sahaja menyedari kelibat bintang Juventus, Cristiano Ronaldo berada di atas kapal layar berhampiran sebuah pantai peranginan.

Mereka kemudian beramai-ramai berenang menghampiri kapal Ronaldo sambil menyanyikan lagu.

Kekasih Ronaldo, Georgina Rodriguez sempat merakam detik-detik berkenaan dan memuat naik di laman Instagramnya.

Ronaldo menghabiskan masa menikmati percutian bersama keluarganya selepas Juventus meraih gelaran juara Serie A beberapa hari lalu.

Percutian pasangan ini turut disertai empat anak-anak mereka.

Ronaldo turut memuat naik foto percutian berkenaan di laman Instagramnya dengan kapsyen: "Tidak ada yang lebih baik daripada meraikan kemenangan anda dengan orang tersayang." - Thesun.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain