suria

Wow! Lagi kereta mewah... Ronaldo beli Bugatti Centodieci RM47 juta, hanya 10 unit di dunia

Ronaldo terus mengumpul koleksi kereta mewah. Foto Reuters

BINTANG Juventus, Cristiano Ronaldo terus memanjakan dirinya dengan hadiah mewah lain, berupa kereta Bugatti Centodieci bernilai £8.5 juta (RM47 juta).

Kereta mewah itu yang merupakan satu daripada hanya sepuluh unit di dunia, dilaporkan telah diubah suai untuk memenuhi keperluan ikon bola sepak itu.

Ia akan dihantar kepada pemain itu pada tahun ini dengan kenderaan tersebut digambarkan telah dibeli secara rasmi.

Ronaldo terus menjadi perhatian dengan menjaringkan 31 gol dalam Serie A yang mana Juventus merangkul sembilan kejuaraan liga berturut-turut.



Kereta Bugatti Centodieci mempunyai 10 unit di dunia. Foto Bugatti Centodieci/Mail Online UK

Setakat ini, pemain berusia 35 tahun itu telah membeli lapan kereta Ferrari.

Beliau juga mempunyai beberapa kereta mewah seperti Rolls Royce, BMW dan McLarens sejak beberapa tahun.

Bagaimanapun, Ronaldo kini lebih memberi tumpuan kepada kendeaan dan permotoran yang lebig ekskuslif dan rare. - Mail Online

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain