Buat hal sewaktu lockdown Covid-19, bekas teman wanita Neymar jadi bualan gara-gara tayang badan di IG

Soraja Vucelic bertemu dengan Neymar sekitar enam tahun lalu. foto: REUTERS.

BEKAS teman wanita Neymar iaitu Soraja Vucelic mencuri perhatian ramai dengan foto-foto seksi yang dikongsi di Instagram (IG).

Malah, model itu juga banyak berkongsi video senaman menerusi laman sosial berkenaan.

Berusia 33 tahun, dia dilaporkan mula berkenalan dengan Neymar sewaktu bertemu di Ibiza, enam tahun lalu.

Sehingga kini, lepasan dalam bidang Psikologi itu mempunyai 399,000 pengikut di IG.

Pada Mei lalu, namanya turut menjadi perbualan selepas dia ditahan akibat melanggar perintah berkurung (lockdown) Covid-19.

Dalam pada itu, Neymar kini dikatakan sedang bercinta dengan wanita berdarah kacukan Cuba - Croatia iaitu Natalia Barulich. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Soraja Vucelic, Neymar, lockdown, seksi

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Harga petrol, diesel naik