suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengurus Arsenal habiskan lebih RM100,000 untuk seekor anjing

Mikel Arteta bersama anjing yang dibelinya. Foto instagram elite.protection.dogs

PENGURUS Arsenal, Mikel Arteta membuat pelaburan besar ke atas seekor anjing sebelum kemenangan mereka ke atas Chelsea, pada final Piala FA.

Pembelian anjing itu bagi melindungi kediamannya daripada diceroboh individu tidak bertanggungjawab.

Jurulatih kelahiran Sepanyol itu dirakamkan bersama seekor anjing jenis Dutch Shepherd berharga £20,000 (RM110,359).

Anjing tersebut diperoleh daripada Elite Protection Dogs yang menawarkan khidmat menyediakan anjing istimewa untuk golongan eksklusif.

Jurulatih The Gunners itu berpindah ke London pada Disember lalu, selepas menerima jawatan pengurus kelab di utara London.

Beliau sebelum itu menetap di Manchester semasa menjadi penolong pengurus di Manchester City. - Mail Online

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain