Harimau Muda pulang awal - Sukan | mStar

Harimau Muda pulang awal

Pemain Harimau Muda, Luqman Hakim Shamsudin ketika mengasak pemain Kemboja pada aksi Kumpulan A acara bola sepak Sukan SEA Filipina 2019 di Stadium Memorial Rizal, Manila petang Rabu. Foto: Sinar Harian

HASRAT skuad Bawah 22 tahun (B-22) negara untuk mara separuh akhir saingan Sukan SEA Filipina 2019 tidak kesampaian apabila tewas 1-3 kepada Kemboja pada aksi terakhir Kumpulan A di Stadium Memorial Rizal, Manila petang Rabu.

Tampil dengan misi hidup atau mati skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee ternyata gagal mempamerkan belang sebenar seperti ketika menjinakkan Timor Leste pada Selasa lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Swee sedia pendekatan berbeza terhadap Timor Leste

ARTIKEL BERKAITAN: Sukan SEA: Lego Sam sumbang emas kedua

Sebaliknya skuad Kemboja yang turut mengintai slot sama lebih agresif apabila merobek gawang negara hasil ledakan In Sodavid pada minit ke-56 diikuti jaringan Sieng Chathea dua minit kemudian.

Lawan kemudian terus melebarkan jaringan apabila Keo Sokpheng tampil meledak gol minit ke-67 bagi menamatkan cabaran skuad Kim Swee di Filipina pada kali ini sebelum Quentan Cheng menghadiahkan gol sagu hati negara pada minit ke-89.

Kemenangan Kemboja itu menyaksikan pasukan berkenaan mengiringi juara kumpulan, Myanmar ke separuh akhir.

Harimau Muda memulakan kempen Kumpulan A pada temasya dwitahunan ini dengan keputusan seri 1-1 menentang Myanmar diikuti kekalahan mengejut 0-1 kepada tuan rumah, Filipina sebelum bangkit melakar kemenangan pertama 4-0 ke atas Timor Leste. - SINAR HARIAN

Sukan SEA , Manila , bola sepak , Harimau Muda

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain