suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bapa dinobat pemenang Anugerah Ballon d'Or, reaksi teruja anak lelaki Messi tular di media sosial

Aksi Mateo Messi yang teruja saat bapanya, Lionel Messi diumum sebagai pemenang Anugerah Ballon d'Or menjadi tular di media sosial. Foto: Givemesport/ Twitter Francefootball

REAKSI Mateo Messi, anak kedua Lionel Messi, yang kelihatan teruja saat bapanya diumum sebagai pemenang Anugerah Ballon d'Or pada Isnin, menjadi tular di media sosial.

Ketika abangnya, Tiago duduk dengan tertib dan tekun mendengar pengumuman tersebut, berlainan pula dengan reaksi Mateo yang berusia empat tahun itu.

Menerusi video yang dimuat naik di Twitter Francefootball, Mateo kelihatan sangat teruja dengan menggoyangkan badan dan tangannya serta tidak henti-henti mengukir senyum, sehingga reaksinya itu menarik perhatian netizen.

Video tersebut sehingga kini mencatat tontonan melebihi 3.8 juta kali.

Messi, 32, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Ballon d'Or buat kali keenam menewaskan bintang Liverpool Virgil van Dijk.

Kemenangan Messi itu menyaksikan pemain antarabangsa Argentina ini mengetepikan pesaing terdekat Cristiano Ronaldo (Juventus) yang berada di tempat ketiga.

Messi dan Ronaldo sebelum ini mencatat rekod yang sama dengan lima trofi.

Messi sebelum ini meraih anugerah tersebut pada tahun 2009,2010,2011, 2012 dan 2015 dan menjadi finalis lebih daripada sebelas kali berbanding dengan pemain lain. - Givemesport.com

Artikel Sebelum

Harimau Muda pulang awal

Artikel Lain