suria

Solskjaer beri amaran kepada pemain ‘wajib’ menang atau bakal dipecat

Solskjaer memberi amaran kepada skuadnya supaya mencatat kemenangan dalam dua perlawana minggu ini.

BERADA di kedudukan kesembilan setakat ini, pengurus Manchester United Ole Gunnar Solskjaer berdepan dengan pemecatan sekiranya gagal mengutip mata.

Keputusan seri 2-2 ketika berdepan dengan Aston Villa baru-baru ini menjadikan United setakat ini mengumpul 18 mata daripada 14 perlawanan liga.

Susulan daripada itu, Solskjaer memberi amaran kepada pemain-pemainnya supaya mengutip kemenangan berdepan dengan Spurs dan Manchester City minggu ini.

Malah Solskjaer memberitahu kepada skuadnya bahawa dia bakal dipecat jika tewas kepada dua pasukan itu.

"Ole sedikit beremosi dan memberitahu mereka jika tidak menang minggu ini, dia mungkin perlu pergi.

"Ia saat sukar berdepan dengan Spurs dengan kehadiran Jose dalam pasukan itu," jelas satu sumber di United.

Minggu lalu, pengurus Spurs Mauricio Pochettino dipecat dan digantikan dengan Jose Mourinho.

Namun selepas itu, Pochettino memberi bayangan sedia untuk kembali ke lapangan sekiranya ada peluang. - Dailymail.co.uk

Artikel Lain