Kim Swee sedia pendekatan berbeza terhadap Timor Leste - Sukan | mStar

Kim Swee sedia pendekatan berbeza terhadap Timor Leste

Ong Kim Swee yakin sebahagian anak didiknya mampu mengatasi pemain Timor Leste yang berukuran besar dengan mempunyai kelebihan pada permainan pantas. Foto: Bernama

SKUAD Bawah 22 tahun (B-22) negara akan mengambil pendekatan berbeza menentang Timor Leste pada Isnin selepas gagal memenangi dua perlawanan pertama dalam Sukan SEA ke-30 di Manila, Filipina.

Harimau Muda itu mesti menang besar ke atas pasukan kerdil, Timor Leste di Stadium Memorial Rizal pada 8 malam Isnin, serta menentang Kemboja pada Rabu untuk mencerahkan peluang ke peringkat separuh akhir.

Pengendali Skuad B-22 negara, Datuk Ong Kim Swee mendesak pemainnya untuk tidak membahayakan peluang itu dan memberi tumpuan penuh untuk muncul di tangga kedua Kumpulan A untuk melayakkan diri ke pusingan empat terakhir.

ARTIKEL BERKAITAN: Harimau Malaya lonjak ke tangga 154 dunia

Kami memerlukan jaringan, jadi pendekatannya mungkin berbeza, pada masa yang sama kami mesti seimbang dengan pertahanan jadi kami tidak terperangkap dalam serangan balas.

Kami tidak boleh memandang rendah Timor Leste, bagi saya kita harus menghormati pasukan lawan tetapi pada masa sama, kita masih boleh mencapai hasil yang kita mahukan,” katanya kepada pemberita semasa sesi latihan pada Ahad.

Tiba di Manila dengan misi untuk menuntut kembali pingat emas, selepas muncul juara pada edisi 2011, Malaysia memulakan kempen dengan seri 1-1 menentang Myanmmar pada Isnin, sebelum tewas 0-1 kepada tuan rumah, Filipina pada Jumaat, manakala Timor Leste tewas 5-0 dengan Kemboja dan 3-1 oleh Myanmar.

Mengulas mengenai prestasi buruk pasukan negara, jurulatih berusia 49 tahun itu enggan menyalahkan persediaan masa yang singkat membentuk skuad itu, berbanding pasukan lain.

Mengenai kelebihan fizikal pemain Timor Leste, Kim Swee yakin sebahagian anak didiknya mampu mengatasi pemain berukuran besar dengan mempunyai kelebihan pada permainan pantas.

Sementara itu, Kim Swee berkata pasukan bimbingan masih memantau kecederaan buku lali Muhammad Akhyar Abdul Rashid, tetapi masih tidak pasti sama ada pemain penyerang itu boleh beraksi esok. - BERNAMA

Ong Kim Swee , Timor Leste , Sukan SEA

Artikel Sebelum

Sukan SEA: Lego Sam sumbang emas kedua

Artikel Berikut

Arsenal intai Rodgers untuk ganti Emery?

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain