suria

“Tiada pemain bola sehebat Lionel Messi” - Kapten Barcelona

Messi (kiri) disifatkan pemain yang hebat dan bahaya. FOTO: GETTY.

LIONEL Messi merupakan pemain yang paling hebat, kata kapten Barcelona.

Mats Hummels berkata demikian selepas dia menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Borussia Dortmund dalam Liga Juara-Juara, Rabu lalu.

"Messi merupakan pemain terbaik yang saya pernah saksikan. Tiada pemain bola sehebat Lionel Messi.

Bercerita mengenai perlawanan tempoh hari, Mats menyifatkan Messi sebagai pemain yang merbahaya.

"Ia bukanlah permainan yang teruk, tapi tidak juga yang terlalu bagus.

"Barcelona memang cemerlang. Messi macam biasa, sangat bahaya," ujarnya.

Dalam perlawanan itu, Barcelona menang dengan keputusan 3-1 ke atas Borussia Dortmund. - Talk Sport.

Lionel Messi, Barcelona, Mats Hummels

Artikel Lain