Harimau Malaya lonjak ke tangga 154 dunia - Sukan | mStar

Harimau Malaya lonjak ke tangga 154 dunia

Ranking skuad negara kini melonjak ke-154 dunia.

SKUAD Harimau Malaya melonjak empat anak tangga untuk berada di kedudukan ke-154 dunia dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).

Perkembangan itu diumumkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi laman Facebook rasmi berdasarkan kemaskini ranking terbaharu pada Khamis.

Berdasarkan senarai yang dikeluarkan Fifa, skuad negara menghuni tangga ke 154 dunia dengan mengumpul 1,040 mata.

Perkembangan positif ini adalah susulan kejayaan skuad kendalian Tan Cheng Hoe menewaskan Tajikistan 1-0 pada perlawanan persahabatan diikuti mencipta dua kemenangan menentang Thailand (2-1) dan Indonesia (2-0) pada aksi Kumpulan G Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 baru-baru ini.

Jepun kekal sebagai pasukan nombor satu Asia apabila menduduki ranking ke-28 dunia diikuti Iran (33), Korea Selatan (41) dan Australia (42).

Vietnam pula kekal mendahului carta Asia Tenggara pada kedudukan ke-94 dunia diikuti Thailand (113), Filipina (124) dan Myanmar (136).Negara Asia Tenggara lain seperti Singapura pula menduduki tangga ke-157, Indonesia dan Kemboja (173), Laos (188) serta Brunei (191) manakala Timor Leste (196).- Bernama

Harimau Malaya , Ranking , Dunia

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain