suria

Unai Emery dakwa masih dapat sokongan Arsenal

Unai Emery mendakwa dia masih mendapat sokongan daripada Arsenal. Foto: Getty Images

UNAI Emery menegaskan dia masih mempunyai sokongan penuh daripada Arsenal sungguhpun kini khabar mengenai pemecatannya bertiup kencang.

Pengurus The Gunners itu sedang melalui fasa yang getir lantaran kelab kendaliannya tidak memenangi enam perlawanan terakhir sebelum ini.

Tekanan makin melonjak ke atas Emery bukan hanya kerana keputusan perlawanan yang tidak memberangsangkan, malah prestasi pasukan juga semakin memburuk.

Calon untuk menggantikan posisi Emery masih belum diketahui, namun dia tetap yakin mempunyai sokongan daripada hierarki kelab tersebut.

"Kelab ini benar-benar menyokong saya," kata Emery menjelang pertembungan Liga Eropah, Arsenal dengan Frankfurt malam Khamis.

"Saya rasa semua yang bertanggungjawab dalam lapangan tersebut menyokong saya dan saya sangat menghargainya.

"Sokongan itu memberi saya kekuatan dan saya tahu tanggungjawab saya adalah untuk mengubah keadaan.

"Masa depan saya hari ini dan esok. Tugas saya adalah bersedia untuk perlawanan ini melawan Frankfurt. Itu sahaja yang saya fikirkan," katanya.  - Metro.co.uk

Unai Emery, Arsenal

Artikel Berikut

Artikel Lain