Sukan SEA: Usaha keras Aznil ‘berbaloi’ dengan kalungan pingat - Sukan | mStar

Sukan SEA: Usaha keras Aznil ‘berbaloi’ dengan kalungan pingat

Aznil berjaya meraih pingat gangsa dengan angkatan 283kg. Foto: Bernama

BADANG berusia 25 tahun dari Kedah Muhamad Aznil Bidin berjaya meraih podium dalam kategori 61 kilogram lelaki selepas melakukan angkatan sejumlah 283kg  di Stadium Ninoy Aquino pada Isnin.

Juara Sukan Komenwel 2018 itu, panas lambat apabila gagal dalam percubaan pertama bagi snatch untuk bebanan 123kg, tetapi berjaya mengangkat bebanan sama pada percubaan kedua dan 126kg pada percubaan ketiga.

Bagi clean and jerk pula, beliau berjaya mengangkat 157 pada percubaan pertama, tetapi gagal dalam cubaan untuk mengangkat 161kg dalam dua angkatan seterusnya.

Lawannya juga bukan calang-calang orang, apabila emas dimenangi pemenang perak Sukan Olimpik Rio 2016 Eko Yuli Irawan, dari Indonesia dan Perak menjadi milik Juara Dunia 2017, Thach Kim Tuan dari Vietnam.Eko melakukanan angkatan sejumlah 309kg (140kg + 169kg), manakala Kim mengangkat 304kg (135kg + 169kg).

Kejayaan itu seterusnya diharap menjadi pemangkin buat Muhamad Aznil, untuk meraih kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

"Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya meraih pingat selepas penantian lama. Selepas ini saya akan cuba melayakkan diri ke Tokyo dalam baki dua kejohanan, yang saya akan sertai selepas ini.

"Saya perlu mendapatkan kedudukan lima terbaik, dalam dua kejohanan peringkat Asia pada bulan Februari dan April nanti. Saya akan cuba buat yang terbaik," katanya kepada selepas majlis penyampaian pingat.

Sebagai rekod, Muhamad Aznil menamatkan saingan di kedudukan keempat pada edisi 2013 di Nay Pyi Taw (56kg) dan 2017 di Kuala Lumpur (62kg), manakala angkat berat tidak dipertandingkan pada 2015 di Singapura. -Bernama

Angkat berat , Aznil , gangsa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Stadium Selayang jadi pilihan Selangor II

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan