suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sukan SEA: Wushu hadiah emas kelima negara

Choon How menyumbang pingat emas kelima buat kontinjen Malaysia pada Isnin.

ATLET wushu negara, Loh Choon How unggul menghadiahkan pingat emas kelima Malaysia, pada hari kedua wushu dipertandingkan di World Trade Center pada ISnin .

Gerakan tangkas dipamer atlet berusia 26 tahun itu nyata memukau barisan juri untuk beliau mengesahkan pingat emas dengan mengumpul 9.68 mata dalam acara taijijian lelaki.

Emas kelima disumbangkan itu sekali gus adalah pingat emas kedua peribadinya, yang sebelum ini menyumbang emas sulung negara dalam acara taijiquan lelaki, pada Ahad.

Pingat perak menjadi milik atlet tuan rumah, Jones Llabres Inso yang mengumpul 9.65 mata.

Sementara wakil Brunei, Hosea Wong Zheng Yu terpaksa berpuas hati dengan gangsa selepas mengutip 9.60 mata. - Bernama

Sukan SEA, Emas, Loh Choon How

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain