Kedudukan Ballon D'Or bocor di media sosial, Messi ungguli senarai

Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan Virgil van Dijk yang tersenarai bagi anugerah berprestij Ballon D'or. Foto: Getty Images

SENARAI kedudukan calon bagi anugerah berprestij sukan bola sepak, Ballon D'Or bocor di media sosial menjelang upacara yang akan berlangsung pada Isnin - dengan Lionel Messi dinamakan sebagai pemenang.

Penyerang Barcelona itu merupakan calon kegemaran untuk memenangi anugerah berprestij tersebut, tetapi menghadapi persaingan dari bintang Liverpool, Virgil van Dijk.

Dalam imej yang tersebar di Twitter, Messi mendahului pengundian dengan 446 mata berbanding van Dijk yang memperoleh 382 mata.

Dikhabarkan pengundian untuk anugerah itu telah dibuang, tetapi tidak jelas sama ada senarai itu rasmi atau tidak.

Rakan sepasukan Van Dijk, Mohamed Salah disenaraikan di tempat ketiga, mendahului juara lima kali Cristiano Ronaldo yang berada di tangga keempat.

Ballon D'Or merupakan anugerah bagi meraikan pemain bola sepak terbaik sepanjang tahun, di mana pemenang diundi oleh wartawan bola sepak dari seluruh dunia daripada 30 pemain yang disenarai pendek.

Messi dan Ronaldo telah memenangi anugerah ini lebih banyak daripada pemain lain, tetapi dominasi 10 tahun mereka dipecahkan tahun lalu oleh bintang Real Madrid, Luka Modric. - Mirror

Artikel Sebelum

Rodgers tak berminat pindah ke Arsenal

Artikel Berikut

Sukan SEA: Lego Sam sumbang emas kedua

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain