suria

Penyokong Malmo bakar tugu Ibrahimovic

Tugu Ibrahimovic dibakat (kanan) selepas dirasmikan pada 8 Oktober lalu.

PENYOKONG-penyokong fanatik Malmo bertindak merosakkan tugu Zlatan Ibrahimovic yang dibina di luar stadium.

Ia berikutan selepas Ibrahimovic mengumumkan sebagai pemilik bersama kepada kelab Hammarby yang merupakan seteru utama Malmo.

Selepas meninggalkan LA Galaxy awal bulan ini, hubungan Ibrahimovic dan penyokong Malmo menjadi tegang sehingga timbul tindakan ekstrem dari mereka.

Pengerusi Malmo berharap tugu itu akan terus gah berdiri di luar stadium mereka biar pun Rabu lalu diumumkan bahawa Ibrahimovic memiliki 25 peratus pemegang saham di Hammarby.

Patung Ibrahimovic ditutup dengan kain pada bahagian mukanya. Foto: PA Images

Pada petang Rabu lalu, bahagian muka tugu Ibrahimovic itu sudah ditutup dengan sehelai kain dan sebelah tangannya digantung dengan penutup tempat duduk tandas.

Walaupun terbabit dengan Hammarby, Ibrahimovic tidak akan beraksi di padang sepeti yang dibayangkan oleh peminta-peminat apabila melihat dia memegang jersi kelab itu.

Malmo merupakan kelab profesional pertama Ibrahimovic dari tahun 1999-2001. -Dailymail.co.uk

Zlatan Ibrahimovic, Tugu, Malmo, Hammarby

Artikel Sebelum

Artikel Lain