suria

Enrique pecat pembantu ‘lupa diri’

Enrique kembali mengambil alih tugasnya bersama Sepanyol selepas bercuti sejak Jun lalu.

LUIS  Enrique mengakui bertanggungjawab Robert Moreno sebagai pembantunya.

Jun lalu, Enrique meletak jawatan sebagai jurulatih kerana ingin meluangkan masa bersama anak perempuan berusia sembilan tahun kerana mengidap penyakit kanser.

Bagaimana pun anaknya itu meninggal dunia pada Ogos lalu.

Sepanjang dia bercuti itu, pembantunya Morena mengambil alih tugas di Sepanyol dan membawa pasukan layak ke Euro 2020 sebagai juara kumpulan namun tidak disambut meriah.

Moreno meninggalkan tugasnya itu sebagai jurulatih selepas Sepanyol mencatat kemenangan 5-0 ke atas Romania pada 18 November lalu.

Moreno menolak untuk hadir ke sidang media selepas perlawanan kerana dikatakan 'keliru'.

Moreno dilaporkan enggan melepas jawatan ketua jurulatih.

Sehari selepas itu, Enrique disahkan kembali sebagai ketua jurulatih pasukan.

"Hanya seorang sahaja yang bertanggungjawab ke atas Robert Moreno bukan lagi sebagai staf... ialah saya.

"Dia ada datang bertemu saya di rumah dan memberitahu mahu mengetuai pasukan Euro 2020 dan selepas itu dia bersetuju untuk menjadi pembantu saya lagi.

"Saya faham dia bekerja keras untuk menjadi jurulatih dan seorang yang sangat bercita-cita. Tetapi bagi saya ia sebagai 'tidak setia. Saya tidak akan membuat perkara seperti itu dan tidak mahu seseorang yang mempunyai karektor tersebut," jelas pada sidang media pengumuman sebagai jurulatih pada Rabu.

Moreno memulakan kerjayanya bersama Enrique dalam skuad B barcelona dan terus mengekorinya ke AS Roma, Celta Vogo dan kembali ke Barca.

Kemudian dia menyertai barisan kejurulatihan di Sepanyol pada Julai 2019."Saya faham keputusannya tetapi tidak bersetuju. Saya beritahunya tidak lagi mahu dia menjadi pembantu saya.

"Digalakkan ada cita-cita, tetapi kalau cita-cita berlebihan ia boleh merosakkan peribadi, bukan kebaikan," tambahnya. -eurosport.com

Luis Enrique, Robert Moreno, Sepanyol

Artikel Berikut

Artikel Lain