suria

Lagi pengurus kelab terpalit spekulasi kerusi panas Arsenal

Nuno Espirito Santo. Foto Reuters

NUNO Espirito Santo enggan membuat spekulasi sama ada dia berminat untuk mengambil alih jawatan yang disandang Unai Emery di Arsenal.

The Gunners gagal memenangi enam perlawanan terakhir di bawah kepimpinan Emery, dan pelbagai nama dikaitkan dengan tugasnya dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Pengurus Wolverhampton Wanderers itu baru-baru ini muncul sebagai calon utama untuk menggantikan Emery, seelepas pengarah bola sepak Arsenal, Raul Sanllehi berhubung dengan ejen Santo, Jorge Mendes.

Santo bagaimanapun enggan mengulas mengenai sesuatu yang belum menjadi realiti.

"Anda cukup kenal saya bukan. 

"Anda tahu saya tidak akan jawab mengenainya atau menyebut isu yang belum terjadi," ujar Santo.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai spekulasi yang membabitkan kerusi panas Arsenal, bagi menggantikan Emery. - Mirror

Artikel Lain