suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mourinho dedah ‘tak masuk akal’ panggil Ibrahimovic “Kami ada penyerang terbaik England”

Mourinho akui Ibrahimovic tidak ada peluang untuk ke Spurs.

PENGURUS baharu Tottenham Hotspur, Jose Mourinho mengakui sesuatu yang 'tidak masuk' akal jika memanggil Zlatan Ibrahimovic ke skuadnya.

Ini kerana menurut Mourinho, dia sudah memiliki penyerang terbaik England, Harry Kane dalam skuadnya.

Pengendali dari Portugal ini turut mendedahkan bahawa dia mempunyai lebih daripada hubungan dengan bekas penyerang Sweden itu.

"Dia pemain dan lelaki yang menakjubkan, tetapi saya boleh katakan dia tidak ada peluang," jelas Mourinho.

Mourinho dilantik sebagai pengurus baharu Spurs Rabu lalu selepas kelab memecat Mauricio Pochettino.

"Kami mempunyai penyerang terbaik di England. Ia tidak masuk akal jika mengikatnya kerana kami mempunyak Harry Kane."

Kapten England itu berjaya menyumbat gol ketika aksi kemenangan 3-2 ke atas West Ham.

Kane kini mengumpul 175 gol dalam 269 perlawanan bersama Spurs, sekaligus mengambil alih kedudukan Martin Chivers untuk berada di kedudukan ketiga penjaring terbanyak sepanjang masa di kelab.- BBC

Jose Mourinho, Ibrahimovic, Spurs

Artikel Lain