Kedah pertaruh lima import bertemu PKNS - Sukan | mStar

Kedah pertaruh lima import bertemu PKNS

Skuad Kedah bakal bertemu PKNS Rabu ini. Foto kredit: Kedah FA

KEDAH dijangka mempertaruhkan lima bintang importnya apabila bertandang ke Shah Alam bagi menentang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi saingan Liga Super pada Rabu malam.

Pengendali skuad hijau kuning, Aidil Sharin Sahak berkata, kesebelasan utama Kedah mungkin akan dibarisi lima pemain import yang ada dalam misi memburu tiga mata penuh di tempat lawan.

Menurutnya, penentuan kesebelasan utama itu bagaimanapun akan diputuskan selepas menilai sepenuhnya keseluruhan prestasi pemain termasuk pemain muda tempatan.

“Untuk perlawanan kali ini kita ada Jesus Bauman, Edgar Bernhardt, Renan Da Silva, Shakir Hamzah dan Fernando Rodreguez, kesemua mereka boleh diturunkan untuk menentang PKNS.“

Selain itu Rizal Ghazali dan Azmeer Yusoff yang digantung satu perlawanan juga akan kembali memperkuatkan pasukan. Namun barisan kejurulatihan akan menilai dan menentukan siapa yang akan diturunkan dalam perlawanan tersebut.

“Perlawanan ini tidak boleh dipandang mudah kerana PKNS adalah pasukan yang sentiasa memberikan cabaran dengan dibarisi pemain berpengalaman. Oleh itu pemain perlu berusaha sebaik mungkin,” katanya kepada mStar

Aidil Sharin memberitahu, skuad hijau kuning juga kini dapat membariskan semula barisan pertahanan yang terdiri daripada Azmeer, Rizal, Renan dan Shakir yang mampu memantapkan lagi benteng pertahanan pasukan berkenaan.

“Saya juga yakin Edgar mampu mempertingkatkan lagi perstasinya bagi membantu Kedah mencapai kejayaan yang dicari dengan dibantu oleh Bauman, Baddrol Bakhtiar, Farhan Roslan dan Fernando.

“Saya harap barisan serangan akan penyudah yang baik bagi menghasilkan kemenangan. Kita telah memperbaiki kelemahan yang wujud sebelum ini untuk perlawanan ini dan tiada yang mustahil jika pemain berusaha bersungguh-sungguh.

Kedah , Aidil Sharin

Artikel Lain

Ibu Issey meninggal dunia