suria

Rumah pemain-pemain Real Madrid kerap dirompak, pengurusan beri amaran berhati-hati di laman sosial

Kediaman Vazquez dirompak ketika dia dan isterinya menghadiri majlis perkahwinan Ramos. Foto: Instagram Vazquez.

PEMAIN-pemain Real Madrid diberi amaran supaya lebih berhati-hati berkongsi status di sosial media selepas Lucas Vazquez menjadi mangsa terbaharu rompakan di rumahnya.

Sebelum ini, bos Real Madrid, Zinedine Zidane dan pemain Raphael Varane serta pemain tengah Isco antara 16 mangsa rompakan berprofil tinggi dari La Liga dan kediaman mereka menjadi sasaran perompak sejak akhir-akhir ini.

Menurut laporan AS di Sepanyol, sebaik kembali daripada bercuti, Vazquez menyedari beberapa barang-barang peribadinya dan milik keluarga telah hilang.

Kediaman Zidane dan isterinya turut menjadi sasaran perompak awal bulan ini.

Vazquez bersama isterinya Macarena Rodriguez tidak berada di kediaman kerana menghadiri majlis perkahwinan rakan kelabnya, Sergio Ramos.

Disebabkan insiden ini, pihak pengurusan Real Madrid memberi amaran kepada semua pemain agar lebih berhati-hati di laman sosial.

Semua aktiviti di laman sosial seperti Twitter dan Instagram dipercayai membuka peluang kepada kejadian tersebut berlaku.

Pihak polis Sepanyol juga mengambil langkah lebih berjaga-jaga terhadap kejadian yang berlaku kepada skuad Real Madrid ini. - Daily.co.uk

Lucas Vazquez, Real Madrid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain