suria

Chelsea sahkan Sarri ke Juventus

Sarri sah ke Juventus musim depan.

CHELSEA mengesahkan Maurizio Sarri secara rasmi telah meninggalkan kelab selepas satu musim.

Pengurus kelahiran Itali itu bersetuju untuk mengambil alih tugas di Juventus dan perlantikannya telah diumumkan pada Ahad.

Kontrak Sarri bersama Juventus dilaporkan bernilai lebih kurang 18 juta paun.

Susulan dengan itu, Chelsea kini dijangka berminat dengan bekas pemain legendanya, Frank Lampard yang kini menguruskan Derby bagi mengisi kekosongan di Stamford Brige.

Manakala, juara kelab Itali itu dikatakan telah bersetuju membayar pampasan sebanyak 7 juta paun kepada Chelsea bagi mendapatkan Sarri.

Sarri,60, diberi kebenaran untuk meninggalkan kelab Inggeris itu walaupun masih mempunyai baki kontrak selama dua tahun selepas menandatangi kontrak 5 juta paun setahun musim lalu.

Dia bertukar angin ke Turin bagi menggantikan Massimiliano Allegri. - Dailymail.co.uk

Maurizio Sarri, Chelsea, Juventus

Artikel Lain