suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Walaupun tak rangkul juara EPL, Liverpool raih lebih banyak bayaran

(kiri) Pemain Liverpool, Mohamed Salah, pengurus pasukan, Jurgen Klopp, dan pemain Virgil van Dijk. Foto AP

LIVERPOOL akan memperolehi lebih banyak hadiah wang tunai Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini berbanding Manchester City.

Pasukan di bawah pengurus Jurgen Klopp itu dalam kedudukan untuk menerima perolehan yang paling banyak berikutan ia lebih popular dengan penyiar berbanding City.

Setiap kelab dijamin dengan minimum £12.5 juta (RM67.63 juta) untuk perlawanan di TV dengan tambahan £1.2 juta (RM6.49 juta) bagi setiap perlawanan secara langsung apabila disiarkan lebih 10 kali. 

Dengan 29 perlawanan yang disiarkan menerusi TV secara langsung akan membolehkan Liverpool memperoleh kira-kira £3.4 juta (RM18.39 juta) lebih banyak daripada City.

The Mail pada Ahad membuat pengiraan bahawa Liverpool boleh menjangkakan kira-kira £150 juta (RM811.46 juta), sekiranya mereka menamatkan tangga kedua, kira-kira £1.4 juta (RM7.57 juta( lebih banyak daripada City meskipun City merangkul gelaran EPL.

City mempertahankan kejuaraannya selepas menewaskan Brighton & Hove Albion dengan 4-1 dalam perlawanan terakhir pada lewat malam Ahad. - Daily Mail UK


EPL, Liverpool

Artikel Berikut

Artikel Lain