suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Manchester City pertahan trofi EPL

Pasukan Manchester City bersama trofi kejuraan EPL. Foto Reuters

MANCHESTER City mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Brighton & Hove Albion dengan 4-1 dalam perlawanan terakhir liga, lewat malam Ahad.

Stadium AMEX di Brighton, Britain menyaksikan momen bersejarah itu dengan City mengutip 98 mata, manakala Liverpool dengan 97 mata.

Empat gol Manchester City merupakan hasil jaringan Sergio Aguero pada minit ke-28, diikuti Aymeric Laporte 10 minit kemudian.

Dua lagi jaringan menerusi aksi Riyad Mahrez pada minit ke-63, dan gol Ilkay Gundogan mengesahkan kejuaraan Manchester City pada minit ke-72.

Gol tunggal Brighton pula mendahului jaringan dalam perlawanan City-Brighton oleh Glenn Murray pada minit ke-27. - Mail Online UK

EPL, Manchester City

Artikel Lain