suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guardiola larang kakitangan City periksa keputusan Liverpool ketika bertemu Brighton

Liverpool berpeluang bergelar juara jika City tewas di tangan Brighton.

PEP Guardiola tidak membenarkan kakitangan Manchester City untuk memeriksa keputusan perlawanan Liverpool pada aksi penutup tirai kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini yang berlangsung malam Ahad.

City mendahului Liverpool dengan satu mata dan jika menang ke atas Brighton, mereka akan mempertahankan trofi kedua musim ini.

Sementara itu, Liverpool akan melayan kunjungan Wolves di Anfield dan mengharapkan agar City tewas.

Pep Guardiola.

Namun menjelang pertembungan penting itu, Guardiola mengarahkan kakitangannya supaya tidak ambil tahu keputusan terkini perlawanan di gelanggang musuh utama mereka itu.

"Pep amat jelas. Dia tidak mahu tahu bagaimana perkembangan Liverpool.

"Dia hanya mahu semua fokus dengan persembahan mereka dan menang perlawanan itu. Dia amat tegas.

"Kami tidak dibenar untuk mencari keputusan Liverpool di telefon bimbit," katanya. - Metro.co.uk

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain