suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tertekan dikritik, Pogba tunding jari pada Ronaldo, Messi

Kata Pogba, harapan yang diletakkan ke atasnya sangat tidak realistik. FOTO: Soccer Laduma

BINTANG Manchester United (MU) Paul Pogba berkata, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo menjadi punca dia menerima kritikan pada musim ini.

Katanya, ramai yang meletakkan harapan terlalu tinggi buat dirinya.

Malah, ia berpunca daripada standard yang sudah ditetapkan berdasarkan prestasi dua nama besar itu.

Kata Pogba, jangkaan dan harapan yang diletakkan kepadanya bersifat tidak realistik.

"Bola sepak dah banyak berubah. Sekarang statistik gol dan nombor yang jadi ukuran penghakiman.

"Kalau tengok pencapaian Messi dan Ronaldo beberapa tahun ini, untuk mengekalkan prestasi itu bukan sesuatu yang mudah," kata pemain berusia 26 tahun itu. - Express UK.

Artikel Lain