suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Raiola dilarang pindah pemain, hasrat Pogba sertai Real Madrid terjejas

Paul Pogba.

HASRAT Paul Pogba untuk meninggalkan Manchester United pada musim panas ini nampaknya terpaksa ditangguhkan selepas ejennya, Mino Raiola dilarang terlibat dalam aktiviti perpindahan pemain di seluruh dunia oleh Fifa.

Awal minggu ini, Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) mengesahkan Raiola dikenakan sekatan terlibat dalam perpindahan pemain di negara itu selama tiga bulan.

Namun terbaharu, Fifa mengumumkan dia dikenakan sekatan di seluruh dunia untuk tempoh sama menyebabkan perpindahan berprofil tinggi bakal terjejas.

Mino Raiola.

Raiola mewakili Pogba selama beberapa tahun dan memperoleh keuntungan sebanyak 41 juta pound sterling selepas memuktamadkan perpindahan pemain itu dari Juventus ke United pada 2016.

Pogba dilaporkan mahu angkat kaki dari Old Trafford pada hujung ini dan berminat menyertai Real Madrid.

Raiola, 51, juga ejen kepada pemain pertahanan Ajax, Matthijs de Ligt yang sedang diburu Barcelona. - Metro.co.uk

Artikel Lain