suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyokong jerit minta Solskjaer 'keluarkan Pogba'

PAUL Pogba ternyata tidak gembira dengan layanan penyokong-penyokong Manchester United selepas tewas dalam aksi terakhir Liga Perdana musim ini.

Skuad Ole Gunnar Solskjaer tewas 2-0 kepada Cardiff di di hadapan penyokong sendiri sekaligus mengesahkan mereka mengakhiri musim ini di kedudukan keenam liga.

Pemain tengah itu memberi tepukan kepada penyokong-penyokong di sebelah laluan terowong pemain, namun salah seorang daripada mereka menjerit kepada Solskjaer 'keluarkan dia'.

Tetapi pemain antarabangsa Perancis itu hanya melihat gelagat penyokong itu tanpa memakai jersinya.

Paul Pogba

Dia kemudian berjalan sambil menepuk dan melambai dengan sarkastik.

Malah ada juga penyokong yang turut mencarut terhadap pemain berusia 26 tahun  itu.

Namun Pogba yang kelihatan agak marah akhirnya ditenangkan dengan penyokong lain dan meletakkan kedua belah tangannya di dada.

Pogba menamatkan musim ini dengan menyumbang 16 gol dan 11 pembantu jaringan dan menjadi sasaran Real Madrid musim depan.-Dailymail.co.uk

Paul Pogba, Manchester United

Artikel Lain