suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pele dikejarkan ke hospital selepas bertemu Mbappe

LEGENDA Brazil Pele dimasukkan ke hospital di Paris.

RMC Sport melaporkan bekas pemain bola sepak berusia 78 tahun itu diserang demam dan keadaannya stabil.

Pele dikejarkan ke hospital dari hotel yang didiaminya di Paris ke hospital berdekatan pada petang Selasa.

Bekas penyerang Santos itu masih berada di bawah pemantauan doktor.

Seorang rakan Pele memberitahu keputusan untuk membawanya ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga.

Sebelum itu, Pele bertemu dengan penyerang Paris Saint-Germain (PSG) Kylian Mbappe untuk satu acara promosi di Paris.

Mbappe diangkat sebagai pemain terhebat tetapi Pele menasihati pemain berusia 20 tahun itu bahawa dia masih ada banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.

"Dia belum jadi 'raja' lagi. Dia perlu menjalani ujian untuk menjadi 'raja'.

"Dia masih ada banyak kelemahan. Dia masih muda dan baru sahaja bermula.

"Dalam bola sepak anda tidak sentiasa tahu segalanya. Sentiasa ada sesuatu untuk dipelajari. Dia boleh sentiasa mempertingkatkan corak permainan dan gerakannya," kata Pele. - Metro.co.uk

Pele, Brazil, Kylian Mbappe

Artikel Lain