suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Teman wanita Ronaldo nafi hamil, dakwa perut membesar kerana makan pasta

Ronaldo kini dikatakan tinggal bersama Georgina di Italy.

MENERUSI satu temu bual, teman wanita Cristiano Ronaldo, Georgina Rodriguez menafikan dia kini berbadan dua.

Ujar Georgina, jika ada yang melihat perutnya membesar, ia sebenarnya disebabkan oleh gaya pemakanannya.

"Kalau nampak perut membesar, saya sebenarnya banyak makan pasta," ujar wanita itu kepada satu majalah Sepanyol.

Menurut laporan itu, mereka sudah lama bercinta namun usia sebenar hubungan itu tidak dapat dipastikan.

Pasangan Georgina dan Ronaldo kini tinggal bersama selepas bintang sensasi itu berpindah ke Itali untuk menyertai pasukan Juventus.

Georgina sebelum ini pernah bekerja di butik mewah, Gucci, di Madrid.

Dia kini bekerja sebagai model pakaian dalam. - Mid-day.com.

Artikel Lain