suria

Samakan isteri Khabib dengan tuala, McGregor padam tweet penghinaan setelah dikecam

Foto yang dimuat naik di Twitter McGregor.

CONOR McGregor dihentam pelayar Twitter setelah memuat naik satu tweet yang menghina isteri Khabib Nurmagomedov.

Menerusi tweet itu, Mcgregor menyifatkan isteri Khabib persis kain tuala.

Dia turut menyertakan foto isteri Khabib memakai tudung putih yang menutupi wajahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: McGregor umum bersara, Khabib kata “hanya ada 1 raja di rimba”

ARTIKEL BERKAITAN: NAC gantung sementara Khabib, McGregor

Setelah dikecam ramai, McGregor bertindak memadam tweet berkenaan.

Malah, dia turut dituduh bersifat perkauman terhadap isteri pesaingnya itu.

Pada minggu lalu pula, Khabib juga ada memuat naik satu tweet yang didakwa menyindir Mcgregor pada hari dia mengumumkan persaraannya.

Menerusi posting itu, Khabib memuat naik sekeping gambar dengan kapsyen “hanya ada satu raja di rimba.”

Seperti yang diketahui ramai, Khabib dan McCgregor merupakan pesaing dalam sukan itu.

Pada Oktober tahun lalu, dua peninju itu digantung Suruhanjaya Atlet Nevada (NAC) susulan pergaduhan sewaktu saingan UFC. - Mirror.

Artikel Lain