suria

Mourinho dakwa ada pemain Man United tak mahu naik bas sebab kereta mewah Rolls Royce

Gambar fail Jose Mourinho. Foto Reuters

JOSE Mourinho mengkritik salah seorang bekas pemainnya kerana tidak mempedulikan bas pasukan Manchester United, semata-mata mahu menaiki kereta mewah Rolls Royce.

Bercakap dalam forum latihan di Portugal, Mourinho mengimbas kembali kisah yang difahamkan melibatkan Paul Pogba selepas satu perlawanan di Burnley, England pada September tahun lalu.

Mourinho mempunyai hubungan yang tegang dengan pemain Perancis semasa pengurusannya di Old Trafford sebelum dipecat pada Disember lalu.

Melabelkan pemain itu sebagai 'Tuan Yang Terutama', beliau mendedahkan bagaimana kecewanya selepas mencadangkan satu penyelesaian dengan membenarkan pemandunya untuk bersama dengan bas pasukan.

Mourinho berkata: "Kita akan bermain sebagai satu pasukan yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Manchester, dan seorang pemain bertanya sekiranya selepas perlawanan dia boleh kembali ke Manchester sendiri tanpa rakan-rakan sepasukan.

"Saya beritahu dia, jika kita ke London dan kamu mahu tinggal di situ, ia mungkin lain. Tapi ini dah dekat, tak masuk akal.

"Pemain itu kecewa. Tapi bila kami menang perlawanan, dia bertanya lagi. Kerana saya gembira, saya cuma cakap secara ringkas - sekurang-kurangnya duduk di dalam bas dan minta pemandu bersama kamu selama 10 minit dari stadium, dan kemudian pergilah mana-mana.

"Di bilik persalinan, pemain berkenaan masih tidak puas hati. Saya ke bilik sidang media dan bila saya sampai ke bas pasukan, yang diletakkan di sebalah sebuah kereta Rolls-Royce bersama pemandunya.

"Kereta tersebut baharu dan 'Tuan Yang Terutama' mahu meninggalkan stadium dengan menaiki kereta Rolss-Royce miliknya.

"Sekarang macam mana nak selesaikannya? Kamu (beritahu dia) jangan naik Rolls? Kamu boleh pergi bila saya gembira? Atau kamu selesaikan perkara ini dengan cara lain untuk membuatkan saya 'bercuti'," soal Mourinho.

Beliau yang dipecat memberi bayangan bahawa Jerman sebagai destinasi yang mungkin baginya untuk kembali kepada pengurusan.

"Saya putuskan untuk tidak melatih sehingga bermulanya musim depan, dan sekembalinya saya ke padang perlu di dalam kelab dan di dalam liga yang boleh memberi motivasi kepada saya.

"Saya tidak sedih kerana tidak melatih ketika ini, tetapi jujurnya saya mahu kembali pada pra-musim yang akan datang. - Mirror UK

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain