suria

Miliki wajah kacak, Sergio Ramos tampil dalam siri popular Game of Thrones

Sergio Ramos merupakan salah seorang bintang Real Madrid.

BINTANG Real Madrid, Sergio Ramos bakal muncul dalam musim teakhir siri popular HBO, Game of Thrones.

Pemenang empat kali Liga Juara-Juara itu bakal membuat kemunculan dengan watak kecil yang mana episod itu bakal disiarkan pada bulan ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Sergio Ramos berjenaka di Twitter, samakan dirinya dengan aktor kacak Pablo Schreiber

Ia bukanlah kali pertama atlet kacak ini berjinak-jinak dalam dunia lakonan.

Dia sebelum ini pernah membuat kemunculan dalam filem Goal II: Living the Dream dan Torrente 4.

Untuk Game of Thrones pula, siri itu sebelum ini pernah menampilkan penyanyi Ed Sheeran dalam salah satu episod mereka.

Menurut satu sumber dalaman, Ramos menjalani penggambaran di Sepanyol yang mana dia dilihat memakai baju besi berserta perisai pelindung diri.

Untuk rekod, siri Game of Thrones yang popular di seluruh dunia dibintangi oleh Emilia Clarke, Kit Harrington, Sophie Turner, Maisie Williams dan ramai lagi.

Ia disiarkan buat pertama kali pada 17 April 2011 menerusi saluran HBO dan episod terakhir dijangka disiarkan pada 19 Mei depan. - 90min.com.

sergio ramos, game of thrones

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain