suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Saya ancaman terbesar Khabib" - Justin Gaethje

Justin (kanan) mendakwa, dia merupakan pesaing terbesar Khabib (kiri)

SELEPAS menewaskan Edson Barboza sewaktu perlawanan UFC Philadelphia pada Sabtu, Justin Gaethje menyuarakan hasrat untuk berlawan dengan juara Lightweight dunia, Khabib Nurmagomedov.

Ujar Justin, dia mengakui bahawa dirinya merupakan ancaman terbesar buat bintang popular itu.

"Tak kisah siapa yang akan menentang saya selepas ini. Mereka akan bayar saya banyak duit, sebab itu saya ada di sini," katanya.

Malah, Justin juga percaya dia mempunyai kemahiran tersendiri untuk menundukkan Khabib.

Selain Khabib, Justin juga mahu berlawan dengan semua atlet yang mana ranking mereka lebih tinggi berbanding dia.

Khabib kini sedang digantung sembilan bulan gara-gara penglibatannya dalam pergaduhan sewaktu UFC229 Oktober lalu.

Dia dijangka kembali ke gelanggang, September depan. - Bloodyelbow.

Artikel Berikut

Artikel Lain