suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mane tegaskan Liverpool mesti menang setiap perlawanan

Sadio Mane. Foto Reuters

PEMAIN Liverpool, Sadio Mane percaya gelaran mudah untuk Liverpool adalah 'memenangi setiap baki perlawanan untuk merangkul gelaran'.

Jika ia dilihat sebagai satu arahan yang begitu sukar, pemain itu menganggap sekiranya mana-mana kelab boleh melakukannya, maka itu kelab di Anfiled juga boleh membuat perkara yang sama.

Mane meramalkan nasib mungkin menyebelahi Liverpool, memandangkan momentum yang luar biasa dalam perlawanan sebelum ini, dan kemenangan ke atas Spurs menempatkan Reds kembali di kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris.

Ditanya sekiranya mereka terpaksa memenangi enam perlawanan terakhir untuk menjadi juara, dia menjawab: "Sejujurnya saya fikir kita perlu memenangi semua perlawanan, walaupun tidak mudah.

"Tetapi kita masih boleh memenangi setiap perlawanan kerana kami adalah pasukan yang baik dan kami bermain dengan baik. Ya, tentunya kita perlu bermain lebih baik (daripada perlawanan menentang Spurs).

"Tetapi kadang-kadang sukar selepas perlawanan dengan skuad antarabangsa kerana kita hanya mempunyai dua sesi bersama.

"Sekarang kita kembali dan memulakan dengan kemenangan, saya fikir ia sangat penting. 

"Kita mempunyai tiga atau empat hari lagi untuk berlatih bersama, seperti sebelum ini dan pergi lagi," katanya. - Mirror UK


Sadio Mane, Liverpool

Artikel Lain