suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Saya bukan bapa dia" - Guardiola

BENJAMIN Mendy ‘mencari masalah’ apabila dirakam sedang berparti di sebuah kelab awal pagi Sabtu lalu.

Pemain pertahanan itu yang hanya beraksi 27 minit sebelum mengalami kecederaan November 2018, kembali menjalani latihan  sejak enam minggu lalu.

Mendy tidak tersenarai dalam skaud Pep Guardiola ketika aksi bersama Fulham, dan dia dilihat berada di pusat Manchester pukul 3.30 pagi.

Benjamin Wendy

Guardiola mengesahkan Mendy ada menjalani latihan sehingga lewat petang sebelum keluar malam.

“Mereka sudah cukup besar untuk tahu apa yang mereka buat. Saya bukan bapa dia.

“Saya lebih suka dia tidur awal tetapi saya tidak boleh mengawal pemain dalam situasi ini.

“Saya tidak kecewa, saya seorang yang tenang. Ia mungkin tidak kelihatan begitu tetapi saya tidur dengan tenang,” jelas Gaurdiola.- Dailymail

Pep Guardiola, Benjamin Mendy

Artikel Lain