suria

Tarik kenyataan samakan isteri Khabib dengan tuala, McGregor kata dia hormat semua agama

McGregor bagaimanapun sudah memadam tweet kontroversi berkenaan.

SELEPAS memadam tweet penghinaan kepada isteri Khabib Nurmagomedov, Conor McGregor akhirnya bersuara mengenai hal itu.

Menerusi tweet kontroversi baru-baru ini, dia menyifatkan itseri Khabib persis kain tuala sebelum dihentam ramai.

Rata-rata pengguna laman sosial membidas Khabib yang dikatakan bersifat perkauman dan menghina agama.

ARTIKEL BERKAITAN: Samakan isteri Khabib dengan tuala, McGregor padam tweet penghinaan setelah dikecam

ARTIKEL BERKAITAN: McGregor umum bersara, Khabib kata “hanya ada 1 raja di rimba”

Menerusi posting baharu, McGregor berkata dia menyokong semua kepercayaan di dunia.

"Saya mahu bergerak ke hadapan, dengan para peminat dari pelbagai latar kepercayaan. Semua agama menyuruh kita untuk jadi yang terbaik," tulisnya.

Dalam kontroversi itu, McGregor memuat naik foto isteri Khabib memakai tudung putih yang menutupi wajahnya dengan satu kapsyen yang mengundang kontroversi.

Pada minggu sebelum itu, Khabib juga ada memuat naik satu tweet yang didakwa menyindir Mcgregor pada hari dia mengumumkan persaraannya.

Menerusi posting itu, Khabib memuat naik sekeping gambar dengan kapsyen “hanya ada satu raja di rimba.”

Seperti yang diketahui ramai, Khabib dan McCgregor merupakan pesaing dalam sukan itu. - Mirror.

Artikel Lain