suria

Penggera kebakaran punca Manchester United tewas kepada Wolves?

Pemain-pemain United kelihatan kecewa selepas tewas 2-1 kepada Wolves Selasa lalu.

SKUAD Manchester United dikejutkan dengan dua kali sistem penggera kebakaran di hotel penginapan mereka sebelum tewas 2-1 kepada Wolverhampton Wanderers.

Akibat 'diganggu' dengan bunyi loceng itu, anak buah Ole Gunnar Solskjaer kelihatan letih ketika aksi tewas tersebut yang menyaksikan perebutan untuk berada dalam kelompok empat terbaik liga semakin sengit.

United kini berada di tangga keenam liga dengan 61 mata.

Mereka tinggal di sebuah hotel empat bintang berdekatan venue perlawanan Wolverhampton.

Mereka mendaftar masuk ke hotel pukul  9 malam Isnin lalu dan berehat sebelum perlawanan Selasa malam.

Bagaimana pun ketika sedang tenangkan fikiran sebelum perlawanan, mereka dikejutkan dengan bunyi loceng kebakaran sebanyak dua kali,  pukul  2.30 petang dan 3 petang. -Dailymail

Artikel Lain