suria

Tempoh khidmat Azzuddin bersama AFF tamat

Azzuddin berkhidmat bersama AFF selama tujuh tahun.

DATUK Seri Azzuddin Ahmad menamatkan khidmatnya selaku setiausaha agung Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) yang ketiga susulan Kongres AFF ke-29 di Siem Reap, Kemboja, bulan lepas.

Menurut kenyataan dikeluarkan AFF, bekas setiausaha agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu sudah berkhidmat dengan badan induk bola sepak Asean itu selama tujuh tahun, selepas mengambil alih jawatan berkenaan daripada Datuk Seri Paul Mony Samuel pada 2013.

“Tempoh khidmat saya bersama AFF merupakan pengalaman yang hebat. Saya akan sentiasa mengingati kenangan manis bersama AFF.

"Pada masa ini, AFF berada dalam kedudukan lebih baik, terima kasih atas sumbangan pelbagai pihak.

“Saya mampu berkhidmat dalam memantapkan AFF dengan bimbingan Majlis AFF, selaras dengan matlamat Persekutuan.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Majlis AFF dan juga pihak Sekretariat atas sokongan mereka dan menjadikan saya sebahagian daripada organisasi yang menarik ini,” kata Azzuddin.

AFF akan membuat pengumuman mengenai pelantikan setiausaha agung baharu badan induk itu tidak lama lagi.-Bernama

Azzuddin, AFF

Artikel Sebelum

Artikel Lain