suria

Rashford sedia dengan kontrak baharu Man United selepas Solskjaer jadi pengurus tetap

Marcus Rashford. Foto Reuters

MANCHESTER United mengadakan rundingan positif bersama wakil Marcus Rashford, sekali gus meningkatkan harapan bahawa penyerang England itu akan menandatangani kontrak baharu lima tahun baru di Old Trafford bernilai £150,000 (RM798,360) seminggu.

Perjanjian semasa Rashford berjalan lancar sehingga musim panas depan, meskipun Manchester United mempunyai pilihan untuk memanjangkannya dengan 12 bulan lagi dan dia ditetapkan untuk mempunyai gaji lebih dua kali ganda berbanding sekarang.

Pemain berusia 21 tahun itu mempamerkan prestasi yang baik di bawah kepimpinan pengurus baharu, Ole Gunnar Solskjaer.

Dia telah menjaringkan lapan gol dalam 18 perlawanan di bawah bimbingan jurulatih kelahiran Norway itu.

Rashford mendapat perhatian baik daripada Solskjaer yang mendapat manfaat daripada bekas penyerang Manchester United mengenai kedudukan dan komitmen untuk terus mengetengahkan pemain muda. - Daily Mail UK

Artikel Lain