suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Messi dedah rancangan untuk bersara, akui rindu Ronaldo

Ronaldo (kiri) bersama Messi (kanan)

PEMAIN sensasi Lionel Messi mengakui rindu untuk bermain menentang pesaingnya, Cristiano Ronado.

Dia membuat pendedahan itu menerusi satu temubual radio, baru-baru ini.

"Saya rindu Cristiano di Sepanyol. Seronok ada dia di sini.

"Walaupun agak menjengkelkan untuk menyaksikan dia menang banyak kali. Ianya pasti seronok kalau dia masih di sini," kata Messi.

Messi kembali beraksi pada minggu lalu mewakili Argentina yang mana pasukan itu tewas 3-1 kepada Venezuela.

Dalam pada itu, Messi turut mengulas rencana persaraannya kelak.

Menurut Messi, dia sebolehnya mahu melewat-lewatkan tempoh persaraannya.

"Saya akan melambat-lambatkan tempoh itu semampu yang boleh.

"Jika kembali ke Argentina, saya mahu bermain untuk kelab Newell's Old Boys.

"Saya nak tamatkan kerjaya di Newell's tetapi ia tidak mudah. Sejujurnya saya tak tahu," ujarnya lagi. - SkySports.

Lionel Messie, Cristiano Ronaldo

Artikel Lain