suria

Pemuda ditahan selepas tumbuk legenda Liverpool sehingga patah 3 gigi dan terima 12 jahitan di bibir

McAllister merupakan bekas pemain Liverpool. - Reuters

SEORANG lelaki ditahan selepas dikaitkan dengan serangan ke atas pemain legenda Liverpool FC, Gary McAllister.

Bekas pemain tengah itu dikejarkan ke hospital selepas ditumbuk di luar pusat bandar Leeds pada Ahad.

Bekas pemain antarabangsa Scotland itu keluar pada waktu malam ketika serangan ganas tersebut berlaku beberapa jam selepas dia menonton perlawanan Liverpool Legends di Anfield pada Sabtu.

Pemain berusia 54 tahun itu kehilangan tiga gigi dan menjalani pembedahan plastik di bibirnya yang memerlukan 12 jahitan, mengikut bekas rakan sepasukan Dominic Matteo.

Seorang jurucakap berkata: "Polis menangkap seorang lelaki berkaitan dengan serangan yang berlaku di pusat bandar Leeds pada hujung minggu lalu.

"Kejadian berlaku pada Ahad, 24 Mac sekitar 4 pagi di mana seorang lelaki berusia 50-an diserang di Call Lane.

"Mangsa lelaki itu berdiri di luar sebuah bar ketika seorang lelaki lain menghampiri dan menumbuknya di muka menyebabkan kecederaan yang terpaksa dirawat di hospital.

"Lelaki berusia 32 tahun ditangkap pada malam tadi (28 Mac) berhubung kejadian ini. Dia telah dilepaskan dalam siasatan dan soal siasat masih dijalankan. "

Peminat Liverpool telah berhimpun bagi mengucapkan agar dia cepat sembuh. - Echo

Gary McAllister, Liverpool FC

Artikel Lain