suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas kapten Australia, Cahill umum bersara daripada kerjaya bola sepak antarabangsa

Foto AFP

BEKAS kapten bola sepak Australia, Tim Cahill mengumumkan persaraannya pada usia 39 tahun bagi menumpukan perhatian terhadap kerjaya dalam media dan kejurulatihan.

Cahill yang pernah bermain selama 15 musim di England untuk pasukan Millwall dan Everton mengakhiri kerjaya antarabangsanya selepas menyertai Piala Dunia di Rusia tahun lalu.

Perlawanan terakhir yang disertai oleh penjaring tertinggi Australia dengan 50 gol itu adalah ketika menentang Lebanon, sebulan selepas menandatangani kontrak bersama Jamshedpur FC dari Liga Super India.

"Tidak, saya sudah tua dalam dunia bola sepak.

"Saya memang mahu bermain... tapi saya lebih berminat dengan TV.

"Saya akan mula mendapatkan lesen jurulatih dan meluangkan masa berkualiti dengan keluarga serta bersantai," katanya kepada Optus Sport Australia ketika ditanya sama ada dia ingin bermain di peringkat kelab.

Selepas bermain untuk Everton dalam Liga Perdana Inggeris, Cahill menghabiskan tiga musim dengan pasukan New York Red Bulls dari Liga Utama Bola Sepak sebelum berpindah ke Liga Super China untuk menyertai pasukan Shanghai Shenhua dan Hangzhou Greentown. - Reuters

Tim Cahill

Artikel Lain