suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan biasa-biasa... Gol Messi dinobatkan yang terbaik dalam sejarah Barcelona

Gol Messi dinobatkan yang terbaik dalam sejarah Barcelona. Foto: Livemint

SUDAH namanya pemain bola, tugas hakiki mereka semestinya untuk menjaringkan gol atau membantu pasukan menjuarai perlawanan.

Setiap gol punyai kualiti berbeza, maka kelab bola sepak terkenal, Barcelona menjalankan satu undian untuk mencari gol terbaik dalam sejarah pasukan mereka.

Menerusi undian itu, gol jaringan pemain sensasi, Lionel Messi dinobatkan sebagai jaringan terbaik dalam sejarah Barcelona.

Ia merupakan jaringan pemain itu sewaktu mereka menentang Getafe, suatu ketika dahulu.

Pasukan itu membuat pengumuman berkenaan menerusi laman Twitter pada Khamis.

"Selepas 100 hari, 64 gol, 60 perlawanan, 500,000 undian. Kami semakin hampir untuk mencari gol terbaik dalam sejarah Barcelona," tulis pengendali Twitter kelab itu.

Setelah diumumkan sebagai juara, laman Twitter itu turut memuat naik satu video ucapan Messi yang sehingga kini menerima lebih 8,000 tanda suka.- Barcablaugranes.

Lionel Messi, Bercelona

Artikel Lain