suria

Solskjaer beri amaran sedia ganti pemain United yang tidak menyerlah

Foto Reuters

OLE GUNNAR SOLSKJAER memberi amaran kepada skuad Manchester United bahawa dia sudah bersedia untuk menggantikan pemain yang tidak menonjol dengan pemain baharu pada musim panas ini.

Solskjaer diberikan kontrak selama tiga tahun sebagai pengurus penuh oleh United pada Khamis selepas dia mengatasi semua jangkaan ketika menggalas tanggung jawab sebagai pengurus sementara.

Bos Tottenham, Mauricio Pochettino merupakan pilihan jangka panjang Ed Woodward untuk menggantikan Jose Mourinho secara sepenuh masa, tetapi impak menakjubkan yang dibawa oleh Solskjaer terhadap skuad itu menjadikannya sebagai satu-satunya calon yang layak.

Kemenangan luar biasa 14 kemenangan daripada 19 perlawanan United menjadi faktor positif untuk dia kembali ke Old Trafford.

Solskjaer kini menghadapi cabaran untuk mengakhiri kekalahan selepas gagal melangkah ke kedudukan empat teratas pasukan Liga Perdana Inggeris dan tersingkir daripada Piala FA.

Perniagaan musim panas United mungkin bergantung kepada sama ada mereka layak untuk pertandingan bola sepak Liga Juara-Juara; walaupun Jadon Sancho, Bruno Fernandes, Declan Rice, Callum Hudson-Odoi dan Kalidou Koulibaly dalam pertimbangan sebagai sasaran perpindahan musim panas.

Solskjaer dilantik menjadi jurulatih tetap United pada Khamis. - Reuters

Sementara itu, masa depan Alexis Sanchez di kelab itu juga masih samar-samar.

Standard Sport melaporkan bahawa United enggan berputus asa terhadap Sanchez dan akan memberikan Solskjaer lebih banyak masa untuk membantu bintang Chile itu kembali mempamerkan aksi cemerlang.

"Pemain yang mudah berpuas hati tidak pernah kekal di kelab ini.

"Saya tidak boleh berehat dan berkata saya sudah dapat kerja.

"Itu bukan saya. Kita memandang ke depan dan perlu bekerja lebih keras," katanya pada sidang akhbar pertamanya sebagai pengurus penuh United.

Bercakap tentang perancangan perpindahan pemain, Solskjaer berkata: "Saya sudah ada beberapa sasaran.

"Saya mahu pasukan Manchester United menjadi skuad yang paling kuat bekerja dalam liga," ujarnya. - Evening Standard

Ole Gunnar Solskjaer

Artikel Lain