suria

Neymar, Ronaldo jadi buruan pelbagai jenama, dinobat pemain paling laris di dunia

Neymar laris menjadi pilihan pelbagai jenama. FOTO: Independent Newspapers Nigeria

SEPERTI selebriti, pemain bola sepak juga tidak terlepas dari bahang populariti sehingga mereka menjadi pujaan ramai peminat.

Malah, populairiti yang dimiliki pastinya boleh membawa keuntungan jika dimaanfaatkan sebaiknya.

Begitu juga dengan bintang Paris Saint-German (PSG) Neymar yang menjadi pilihan utama syarikat-syarikat serta jenama untuk dipilih sebagai duta.

Neymar kini menjadi duta untuk 35 jenama antarabangsa merangkumi Nike, Beats, Red Bull, Bank Nasional Qatar dan banyak lagi.

Populariti Neymar turut dibuktikan menerusi laman Instagram miliknya yang mempunyai lebih 100,000 juta pengikut.

Populariti Ronaldo membolehkan dia menerima jutaan ringgit tajaan.

Dalam pada itu, Cristiano Ronaldo yang turut mempunyai lebih 100,000 juta pengikut Instagram dinobatkan sebagai pemain yang menerima tajaan paling tinggi, berjumlah £37 juta (RM175.7 juta) pada 2018, dedah Forbes.

Seperti Neymar, populariti Ronaldo juga begitu kuat.

Malah, laman Instagram Real Madrid hilang 1 juta pengkikut pada hari Ronaldo berpindah ke Juventus.

Perpindahan itu juga menyebabkan Juventus menerima 6 juta pengikut baharu di Instagram mereka.

Bagi Neymar pula, dia memperoleh £14 juta (RM66.5 juta) tajaan pada 2018, diikuti £57 juta (RM270.7) pendapatan sendiri, hasil bermain bola sepak. - The Sun.

Neymar, Ronaldo, PSG, Juventus, Real Madrid

Artikel Lain